Tuesday 5 February 2013

05/12/2012 = Muhammad Aqil Harith = Ahli Baru

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum 

Pada 05/12/2012 lahirnya seorang bayi lelaki yang sangat comel bernama Muhammad Aqil Harith. My 1st nephew and 1st grandson in our family... Tahniah kepad Papa dia Mohd Asyraf dan Mummy dia Anis Izzati

Semua seisi keluarga aku memang happy tahap gaban sangat-sangat dengan kehadiran ahli baru kami.
Hari ini 05/02/2013 genap sudah 2bulan usia Muhammad Aqil Harith, sesungguhnya kehadiran dia di sisi kami sekeluarga sangat lah menggembirakan.Kehadiran dia juga banyak mengubah keadaan sekeliling..
*betul ke ayat ni.. erm.. biaq p la.. hahahahahahaha*

Ayah yang garang jadi caring selepas ada cucu ni, Mak yang manjakan aku selalu dah mula bahagi kasihnya, Angah yang suka budak-budak bertambah suka dan sayang pada anak buahnya, dan aku.............. yang tak pernah ada adik dan tak pandai pegang budak ni terus jadi pandai...

Dulu nak pegang anak orang punya la berdebar-debar. Sekarang bukan takat dukung saja, peluk, cium, tidurkan dia, dodoikan dia, bagi minum susu, tukar baju, pakai sarung kaki dan tangan semua nya dah berjaya dibuat oleh Makucu dia ni. Satu saja yang masih terkial-kial lagi, iaitu memandikan sikecik itu.. *tunggu ada anak sendiri lah eh*

Dulu Makucu dia ni punyalah kedekut tahap gaban juga. Duit PTPTN tu simpan buat belanja kat politeknik tu saja lah. Belanja keluarga pun selalu juga dan setakat belanja kawan sikit-sikit tu adalah, tapi tiap-tiap akhir semester memang Makucu dia ni pemegang baki duit PTPTN yang banyak tau.  Tapi sejak kehadiran sikecik ni, Makucu dia jadi pemurah tau, nak tau kenapa?? Makucu dia sanggup berhabis duit untuk beli baju dia, sarung kaki dan tangan dia, topi dia, bounching dia pun Makucu dia sanggup beli tau. 
*bila tengok dia guna semua barang yang Makucu dia bagi, terasa sangat teruja dan seronok tau*

Disebabkan dia juga, Makucu dia jadi gatal nak menikah nak ada baby. Selalu tanya mak, bila adik nak bernikah ni, nak ada baby comel macam Aqil..
*nampak tak kegatalan nya disitu.. hahahahahaha*

So, Let me introduce You Muhammad Aqil Harith bin Mohd Asyraf

masa mula-mula Muhammad Aqil Harith Melihat Dunia.. =)

Bersama Makucu dia lah

Bersama nenek dan makucu dia

in tiger's skin.. hahahahahaha

with Makngah

with Nenek

The cutest Picture!!!

NOTA comel :
Kelahiran seorang bayi itu diibaratkan seperti kain yang putih dan suci, kita sebagai ibu ayah yang mencorakkan kain putih tersebut.. :)


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA