Thursday 12 September 2013

Admire 5


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Ok yek semua, sejak jadi cikgu tadika ni rasa macam taka da life la bila malam sebabnya bila jam tunjuk pukul 9:00 malam je, mata mesti minta tutup. Minggu ni masuk kul 7:30 pagi dan balik 5:30 petang. Rasanya kalau masuk macam ni lagi elok kot.. Boleh balik awal..
*Hehe.. Aku memang tak mahu balik lambat.. Penat + Mengantuk*

Lagipun suka masuk cepat ni sebab dapat tengok mr.admire a.k.a mr. manis pergi kerja. Dia selalu pergi kerja tepat jam 7:40 atau 7:50 pagi..  Tapi nak kata nampak dia hari-hari tu tak juga lah. Buat masa ni cerita paling HOT adalah pada hari ni. Dia pergi kerja saya jumpa, dia balik kerja pun saya jumpa dia..

ALAHAIIIIIIIIIIII, 
Aku sudah jatuh cinta padanya, disebalik helmet pun nampak kemanisan wajahnya. Dia senyum saya balas, dia angkat tangan saya tak angkat tapi saya angkat-angkat mata dengan dia dan saya rasa saya bagi dia satu senyuman yang cukup manissssssssssss…

Tiap hari makin bertambah rasa suka pada dirinya… Aduhaii bagaimana ni???
Tapi tadi waktu dia angkat tangan ternampak dia pegang PHONE!!
Mungkin dia dah ada yang punya..
Seriously hati rasa terkilan dan terkecewa sedikit la.. *
Sikit je tau*
*Come on lah, kamu cuma admire dia je, please jangan lebih-lebih*

Pada saya tu hak peribadi dia kan, so terpulang lah kalau dia memang sudah ada yang punya. Saya diberi kesempatan untuk kenal dia dan diberi peluang untuk suka + admire dia pun dah cukup buat saya. Saya tekad dalam hati, saya akan lupakan dia atau buang dia dari jadi admire saya, bila dia dah kahwin atau saya yang dah kahwin. Tapi sejujurnya buat masa ni saya dah RESERVED kan HATI saya untuk dia walaupun dia tak tahu. Cerita pasal dia tak akan berakhir selagi dia tak kahwin dan saya pun tak kahwin lagi, So i akan buat u allss muntah baca pasal dia… hehehe… :P

NOTA comel :
This song just for him.. J

Ku Mencintaimu Lebih Dari Apa Pun,
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Tahu,
Ku Mencintaimu Sedalam-Dalam Hatiku,
MEskipun ENGKAU Hanya Kekasih GElapku….
Ungu – Kekasih Gelapku

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Monday 9 September 2013

Birthday ayah


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

9/9/2013  Genap 57 tahun usia HERO HATI saya... :)
SELAMAT HARI LAHIR BUAT HERO HATI SAYA  Hj Mohd Arshad Bin Hj Sulong. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Tak akan ada HERO lain yang boleh gantikan tempat ayah dihati adik. Ayah lah WIRA untuk kami, HERO hati kami dan pastinya WALI untuk adik dan angah.. :') Kami Sayang Ayah Sangat2..
Rasanya hampir 3 tahun tak dapat sambut birthday dengan ayah sebab tercampak kat perlis menghabiskan diploma saya… Sambutan yang agak simple sebab tak ramai yang ada kat rumah. Isi rumah cuma saya, ayah dan emak. Jadinya cuma makan KFC + Secret Recipe je… Kek secret tu pun beli 3 slice je.. malas nak beli yang besar2 sebab sapa yang nak makan. Kalau slice ni boleh beli satu2 dan mcam2 perasa..

NOTA comel :
Hari ini kan, saya kan ternampak kan..
admire saya tu kan, dia kan curi-curi cari saya tau,
dia ternampak kereta saya di tadika
lepas tu kan saya Nampak dia cari saya
dalam tadika..
* Comel la awak ni admire.. Malu Tapi Mahu eh… hehe.. :P *

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Saturday 7 September 2013

Shooping Kain!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Hari ni tak keje, bahagia rasanya dihati ku ini. Yang paling bahagia hari ni spend time dengan mak. Kami g Shooping. Cari kain buat jubah.. :)

Walaupun sekadar jalan2 cari kain, tapi kami tetap rasa seronok. Parking kereta jauh sikit, then kitorang jalan2 sambil berpegangan tangan dan berborak. Rasa macam kami ni sepasang kekasih dan kawan baik yang berkongsi apa sahaja cerita.. :)

I LOVE YOU MOM!!
Tak ada mana2 manusia di dunia ni yang boleh gantikan tempat mak dalam hati adik. Meskipun adik dah kahwin nanti adik akan tetap sayang mak dan hanya mak yang pertama dihati adik... :)

Dah 4 hari tak jumpa admire... hehe...
*Sempat juga menyelitkan cerita dia*
Tak nampak dia langsung tau.. Rasa macam makin jauh plak... 
Susah kan kalau kita admire orang ni, kita puas tercari2 dia.. Dia cam tak ada perasaan je.. huhu... T..T

NOTA comel :
Seandainya Cinta Ini Bisa Membahagiakan,
Pastinya Dunia Ini Akan Ku Miliki,
Walau Ku Tidak Mampu Untuk Meluahkan,
Harapan CINTA Ku Ada Dihatimu,
Seharusnya Aku Dapat DIberi Peluang,
Untuk Menyayangimu Sepenuh Hati,
Mungkinkah Kau Kan Teimaku Seadanya,
Kerna Ku Belum Tahu Kau MEncintaiku.


Sayang Kini Perlu Tahu Ku,
 Tak Ingin Menjadi Pemuja Rahsia,
Mencintaimu Satu Saat Yang Bermakna,
Ku Menanti Lafaz CINTA Tiga Kata,
Andai Kau Sang Pencinta Wanita,
Kau Pasti Dapat Melihat Aku Dimata Mu,
Jujurnya Adakah Kau Sudah Berpunya,
Membiarkan Hatiku Dalam Dilema..
-Ramlah Ram Feat Caprice (5Minit)-

Sincerely,

ADEQTOINKTOINK

Thursday 5 September 2013

Demam 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum



SABAR!! Ayat yang paling sesuai untuk situasi hari ni. Begitulah susahnya bila kita bekerja dengan orang.
Sadis.. Sedih… Susah rasanya berhadapan dengan manusia yang penting kan diri sendiri. Dah la orang demam dia tak bagi cuti, lepas tu suruh orang datang keja petang. Ok yang tu boleh terima lagi lah.. Tapi bila orang datang dia tak percaya plak kita demam. Kau ingat aku main2 ke makcik!!!  Takpelah ALLAH belum nak bagi korang dua ni demam sampai berguling-guling.
Kalau tak sebab aku ni bosan duk umah tak adanya aku ni nak bekerja. Mak Bapak Aku pun tak bagi aku kerja sebab diorang kata diorang mampu nak sara hidup aku lah.. Setakat tempat kecik macam tu pun nak “act” sangat!!
Dah la arini  tak jumpa admire. Lagi lah tak de mood nak kerja dan lagi bertambah demam la jadinya!!!


NOTA comel :
Wujud lagi yek manusia yang tak berperasaan macam ni
kat dunia ni!!
Dunia sekarang makin kejam..
HATE THIS FEELING!!
Sincerely,
ADEQTOINKTOINK


Wednesday 4 September 2013

Demam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Balik Kerja.. Mandi.. Tetiba badan rasa seram sejuk.. Rasa macam nak demam je lah..
Tengok2 betul. Lepas maghrib terus kepala berpusing-pusing. Rasanya sebab 3 4 hari ni asyik kena hujan je. Betul ke demam kena hujan atau demam sebab hari ni seharian tak jumpa admire.. OPPPPSSSSS… :P

NOTA comel :
Walaupun tak jumpa harini,
Tapi Saya tetap ingat kat  senyuman awak
yang lagi manis dari gula tu… :P

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday 3 September 2013

Admire 4

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Saya JUMPA DIA harini!!!!!!! Subhanallah indahnya ciptaan ALLAH.. Manis nya tengok dia senyum dan kali ni dia betul-betul senyum dengan saya.. Siap angkat tangan lagi.. Hebatnya senyuman dia sehingga kan bila dia tersenyum saya jadi tak mampu berkata-kata… Terbaikkkkkkk…
Aduhaii rasa macam bukan admire je ni.. macam dah JATUH CINTA je rasanya… huhuhu… :P

NOTA comel :
Merah Pipi Ini, Saat Ku Lihat Dirinya,
Mungkinkah Ini Yang Dinamakan CINTA.
Malu Hati Ini, Saat Ku Tatap Wajahmu,
Mungkinkah Ini Yang Dinamakan CINTA.
Tapi Ku Malu Tuk Mengatakan Pada Dirinya,
Oh Tuhan Tolong Aku Sampaikan Pesan Ini Padanya,
Agar Dia Tahu Bahawa Kini AKU JATUH CINTA.
Oh Tuhan Bantu Aku Temukanm Cara Tuk Mendapatkan Dia,
Kerna KINI KU TELAH JATUH CINTA.
-Afgan (Pesan CINTA)-

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Monday 2 September 2013

Saya tukar keje la… :P

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Thanks sebab baca blog ni. Kalau tak ada yang baca pun tak apa
Keletihan yang amat, jadi saya Cuma nak bagi tahu yang saya
dah pun bertukar kerjaya daripada seorang GURU TUISYEN kepada GURU TADIKA.
Jenuh weh melayan kerenah budak-budak ni. Yang kuat Melalak Lain, Yang menangis tak berhenti-henti lain, Yang ajak main lain… Arghhhhhhhh pening kepala.. Ini ler rupanya orang tak ada adik.. Menggelabah layan budak-budak!!!
So, doakan saya terus Berjaya dalam kerjaya saya dan mampu memberi mak ayah rasa duit saya… hehehehe… J


NOTA comel :
apa pun yang kita nak lakukan tolonglah dapatkan
restu daripada MAK dan AYAH kita.
dan kalau dah dapat rezeki lebih tu kita kongsikan
sama-sama dengan Mak AYAH kita serta
kongsikan dengan orang-orang yang memerlukannya…

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK



what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA