Sunday, 3 February 2013

Sejak Berumur 20Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Hurmm.... Huuuuuu... Ehem.... Ehem...
*Saja gedik-gedik test suara*

sebenarnya hari ini malas sangat nak menulis, sebab petang tadi pergi kenduri orang kahwin. Ini yang berkaitan dengan tajuk entry kali ini. 

Sejak aku berumur 20tahun ni, (bulan sepuluh genap 21 tahun), aku semakin suka pergi rumah kenduri kahwin orang. Selalu juga ikut mak pergi rumah kawan dia ke, rumah jiran ke, rumah sedara mara ke.. hah macam tu la.. =P
* hish tak tahu la pasai pa ceq duk suka sangat pi sana..*

Bukan apa, ada orang kata kalau kita pergi kenduri orang lain, nanti waktu kita kahwin ramai yang akan datang ke kenduri kita tu... :)

Dijadikan cerita, hari ini 3/2/13 adalah tarikh perkahwinan sahabat aku
*alahai... syahdunya hatiku ini, dikau telah mendahului aku, takut kau dh keluar 2 anak aku baru tergedik- gedik nak habiskan degree... warggghhhhhhhhhh... (T_T) *

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Hana Suriyanie dan suaminya Hafiz.. Sudah JoDOH kau sampai awal dari aku nak buat macam mana la kan.. huhu.. =-P
*sweet-sweet gitu kalian ni, nama sama mula huruf H*

Disini aku sertakan beberapa keping gambar untuk hari ini, ambil tak banyak pun sebab jadi macam tak tahu nak buat apa, yela pertama kali menghadiri majlis kawan sendiri, selalu tengok orang lain, sedara mara ni tiba-tiba tengok orang yang sama umur dengan aku duduk atas pelamin
*hancur hatiku.. hahahahhaa... gedikxxx uolls... =P *

Sebelum Nak Gerak Pergi Rumah Pengantin, Tengok kat tangan ada apa.. :P
Sempat Berposing with my mom

Sebelum pengantin bersanding biar kitaorang rasmikan dulu.,.. haha

ini la dia pengantinnya comel kan.. :)
*Tak sempat bergambar masa dia bersanding sebab nak kejar masa balik putrajaya.. *


NOTA comel :
Alhamdulillah... Selesai juga majlis hana.. :)
semoga perkahwinan ini dirahmati oleh ALLAH.. :)
semoga dia bahagian sehingga ke akhir hayat.. :)
semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah.. :)

sincerely,
ADEQTOINKTOINK


No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA