Wednesday 27 February 2013

Ku Kau Tinggalkan......................

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Masih bernyawa hingga ke hari ini. Masih mampu tersenyum saat ini. Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan bersama kalian semua. Hari ni saya masuk kerja macam biasa, lepas itu balik tepat pukul 5.10 petang. Hari ni terlalu sibuk sampai kan tak sempat telefon-telefon mak.. Entah kenapa hati ni teringat kat mak, akhirnya keluar je pejabat teruss capai handphone dan tanya khabar mak.

Alhamdulillah mak sihat dan borak-borak la macam biasa dengan mak, tiba-tiba mak cakap adik mak ada benda nak cakap ni, semangat je bunyi kenapa mak?? ding(bukan nama sebenar) nak kahwin tengah bulan ni.. erk.. jantung saya bagaikan terhenti seketika, sungguh saya terperanjat dengan berita itu dan bertanya dalam hati kenapa mesti waktu ni, waktu saya masih belum jumpa pengganti dirinya..

Siapa Ding?? Kenapa jantung saya sampai berhenti saat terdengar berita itu? dia adalah bekas kekasih saya 3 tahun yg lalu, berjanji akan sehidup semati, berjanji akan meminang saya bila saya tamat belajar dan berjanji alan susah senang bersama saya.. tapi..... segalanya berakhir semasa saya berada di semester 1.Hebatnya makhluk ciptaan ALLAH itu kerana berjaya membuatkan saya tidak dapat melupakan dirinya..


3 tahun sudah berlalu, ternyata hati ini masih belum mampu mengusir segala bayangan nya. Setiap kenangan itu datang dan pergi dengan sendiri. Entah kenapa hati ini sangat degil, tak mahu bertukar ganti. 3 tahun yang lalu saya telah mengunci hati ini dan kunci itu telah saya buang jauh ke dasar laut sehingga kan saya sendiri tak mampu mencari dimana kunci itu dan kerana itu hati ini masih tertutup walau sudah 3 tahun perkara ini berlaku. Tiada yang mampu menandingi nya sehingga kini..

Jika dalam tempoh 3tahun ini saya masih mengharap kan dia akan kembali pada saya, tetapi kini saya redha dengan ketentuanNya. Saya dah tak boleh harapkan apa-apa lagi sebab dia bakal menjadi suami orang pada 10 Mac 2013.. Segala harapan telah tertutup dan terkubur. Mak nasihatkan saya untuk redha dengan apa terjadi, dan doakan kebahagian dia bersama pasangannya.



"Awak,
Sungguh saya mendoakan agar awak bahagia bersama insan yang telah awak pilih untuk dijadikan suri dihati awak. Jangan lah awak mempersiakan dia dan berusaha lah untuk membahagiakan dia. Saya yakin dia mampu bahagia kan awak, sebab kalau tak mesti awak tak akan kahwin dengan dia kan.. :)
"

Akhirnya ku kau tinggalkan, terlerai sudah ikatan ini dan kenangan akan menjadi peneman saya

NOTA comel :
Cinta pertama itu  indah untuk dikenang dan sakit untuk melupakannya,
Semoga ALLAH menganugerahkan saya seorang yang lebih baik dari awak
dan saya yakin JODOH saya sedang menunggu saya sebab jodoh seseorang itu ditentukan sejak 4bulan dalam kandungan ibunya... =)



Sincerely,
ADEQTOINKTOINK


No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA