Sunday, 21 July 2013

Hati Manusia beb

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Rasanya lama sangat ni dah tak menulis sebab ceq ni dihantui kesibukkan. Alhamdulillah ALLAH masih memberikan ceq peluang untuk hidup. Alhamdullillah ALLAH juga bagi aku rezeki baru, sementara nak sambung degree ni. ALLAH duk bagi ceq rezeki jadi cikgu ganti... 
*Alhamdulillah rezeki jangan tolak*

Hampir 3 Bulan dah tinggalkan tempat praktikal tu, dan Alhamdulillah berjaya dah praktikalnya dengan ini bermakna ceq berjaya lah dalam diploma. 
 *Alhamdulillah dapat puaskan hati sendri dan bangga kan parents ceq*
Awat tajuk entry ceq macam marah ja, bukan marah tapi benci dan sedih, hati manusia ni susah kita nak jangka kan. ok lah straight to the point, bukan nak mengata cuma meluahkan rasa terkilan about someone. Mak ceq ajar, kalau orang cuba gu-gu kan kita dengan somenone, dan kalau kita tak suka senyum je tak payah nak cakap tak suka tak suka, nanti kalau kita dah suka kan dia macam mana, kan malu nanti!!
*gu-gu maksudnya nak jodohkan atau nak kenal-kenalkan kita dengan seseorang*

ceq terkilan sebab waktu ceq duk nak gu-gu kan dia dengan somenone, dia duk ngaku dia dah ada bf dan kononnya tak suka lelaki tu sebab bukan taste dia. tapi nak dijadikan cerita, ceq pun habis praktikal blah ar dari tempat tu, tiba-tiba orang duk lapor kat ceq kata dia duk rapat lelaki tu. ok mula-mula tak percaya lah tak kan kawan baik kita nak tipu kita nak sorak-sorak cerita ni dari kita kan.

lepas tu makin lama, dia makin jauh dari ceq, ceq pun lurus bendul la duk pikiaq dia busy sangat, tapi ada orang cakap ngan ceq, depa duk tukaq- tukaq nombor phone, pastu bila lelaki tu sms dia, dia balas tapi atas dasar kesian je la. ceq memang lurus bendul kan, ceq duk percaya kat dia, dalam hati ceq kata memang la dia balas sms tu sebab dia kesian yela dia kan tak suka lelaki tu.

Tapi mungkin ALLAH nak tunjuk kot, satu hari tu ceq ni rasa nak tanya pasal someone tu kat lelaki tu la, dia pun buka cerita sungguh, katanya someone tu selalu contact dia.. hampir tiap-tiap hari, kadang- kadang merajuk pulak dengan dia, macam ada feeling-feeling gitu la!!

Seriously ceq tak cemburu, tapi ceq terkilan, ceq nak dengaq ni semua dari mulut dia, waktu ceq praktikal dia duk cakap ceq kawan baik dia, la ni ceq tak ada kat situ dia duk jadi lain plak. sumpah ceq kecik hati dengan dia. tetiba aku rasa dia bukan kawan baik aku. kalau nama nya kawan baik dia akan cerita semua pada kawan dia. bukan nya bila nak tau cerita atau nk korek rahsia baru kita contact kawan kita. tapi takpe lah kalau dah jodoh dia dengan lelaki tu. cuma aku harap lepas ni dia jangan buat macam tu pada orang lain. 

NOTA comel :
Dalam dunia ni, susah kita nak percaya kan orang lain, sebab kalau terlalu percaya kita akan diperdaya oleh orang lain, dan kesimpulannya hanya keluarga kita yang akan buat kita bahagia dan hanya keluarga kita yang boleh dipercayai serta yang tak akan tinggalkan kita walau susah mahupun senang..

sincerely,
ADEQTOINKTOINK

No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA