Wednesday 24 July 2013

Dia... :')

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Dia :')
Kenapa dengan Dia? Dia tu misteri orangnya. Seorang doktor, datang dalam hidup aku tanpa diundang, dan kadang-kadang pergi menyepi tanpa aku mahu.
Aku suka Dia sebab Dia kelakar, even Dia panggil aku budak gemuk pun, aku still gembira. Perkenalan yang singkat membuatkan aku tak pernah terfikir akan mengenali Dia sebagai seorang doktor dan seorang pengamal perubatan islam. Doktor Kasyah.....

Dari nama pun dah nampak keunikkan Dia, Kadang-kadang rasa diri ini tak layak mendampingi diri, tingginya jawatan Dia membuatkan aku merasakan diri ini sangat kerdil disisi nya. Kadang-kadang rasa Dia macam tak jujur dengan aku, susah aku nak percaya kan Dia. tapi aku masih mahu bersama dengan Dia. Jujurnya Dia manusia yang cakap lepas dan aku senang dengan Dia. Perawatakannya tak macam doktor, bila ditegur kata nya "Tak akan la doktor ni hidupnya stress 24jam, dengan pesakit pun stress tak kan dengan orang lain pun nak stress".

Kehadirannya dalam hidup aku, mengajar aku erti rindu pada seseorang yang belum halal buat diri aku. Dia membuatkan aku tertunggu-tunggu kehadirannya. Dia membuatkan aku takut berjauhan dengan telefon bimbit. Dia buatkan aku seperti berjalan di atas angin.. Kelakar rasanya hidup ini sejak mengenali dirinya. Namun disaat ini aku takut jika aku mencintai dirinya dan cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Kenal tak sampai sebulan aku sudah mula menyukainya dan aku mula senang dengan kehadirannya.

Sayangnya Dia tidak merasai apa yang aku rasai, Dia selalu muncul tanpa aku duga dan selalu hilang disaat aku merinduinya. 7 Tahun di perantauan bohong kot kalau dihati masih belum berpunya. Bekerja juga bukan di Malaysia dan cuma balik cuti sahaja. Seandainya Dia pulang ke sana masih adakah ruang buat aku dihatinya?? Masih ingatkah Dia tentang aku?? Tak perlu bertanya pun sudah tahu jawapannya. Andai saja masa boleh diputar, tak mahu rasanya menerima salam persahabatan darinya. Dia bahagia sedang aku disini menderita.

Cukuplah rasanya aku bercerita tentang dirinya, sampai satu saat nanti aku akan cerita lagi tentang dia..

For Him :')
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
tanpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku mencintai mu,
walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu,
tanpa lelah ataupun jemu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

Mungkin kita tak bersama baginya
tak mengapa asalkan kau bahagia,
Biar aku mencintaimu,
biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu,
dalam diam ataupun bisu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

NOTA comel:
Thank you sebab pernah buat ila bahagia,
ila tau susah ila nk dapatkan abang,
susah ila nak buatkan abg sayang dan suka ila,
jauhnya kita bagai langit dan bumi,

Ya ALLAH andai Dia bukan Jodohku
Jauhkan Dia dari aku,
Seandainya Dia jodohku,
Pertemukan kami dalam satu ikatan
Yang Sah dan ikatan yang KAU Redhai..
Amiin... :')


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA