Sunday 1 September 2013

MALU!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum


Ok nak dijadikan cerita saya baru sahaja alami detik yang sangat memalukan, tepat jam 6:30petang td ok!!
Cerita dia macam  ni, anak  lelaki jiran saya ni tak rapat dengan saya, tapi tiba-tiba tadi dia datang hampir dengan rumah saya sambil pandang-pandang arah saya dan tunjuk-tunjuk kearah rumah satu lagi. Nak dijadikan cerita saya ni, dengan penuh prihatin, tutup enjin motor terus pandang muka dia dan angkat-angkat mata sikit..

Tapi saya pelik, kenapa dia macam tak ada respon dan dia ada ala-ala nak gelak ataupun senyum sinis kat saya. Saya pun pandang lah belakang saya, dan saya tengok belakang saya ada orang dan orang tu tengah berkomunikasi dengan that guy!!

OMK ( Oh Mak KAU) malu sangat dan yang teramat sangat. Rasa macam nak letak muka ni dekat tayar motor dan rasa macam nak putarkan detik yang sangat memalukan tadi. Eiii SUMPAH saya malu dan rasa tak mahu lalu depan rumah dia lagi. Saya rasa saya sanggup pusing jauh pun. Asalkan tak perlu tengok muka dia dan keluarga dia!! Saya dapat rasakan dia mesti cerita benda ni dekat family dia. Mak ayah dia kenal juga dengan saya.

NOTA comel :

Kesimpulannya, tolong tengok kiri kanan depan belakang
bila seseorang tu berbual dengan kita dan make sure dia
memang cakap dengan kita supaya kita tak jadi malu macam saya lalui ni!!!!



Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

No comments:

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA