Sunday, 1 September 2013

MALU!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum


Ok nak dijadikan cerita saya baru sahaja alami detik yang sangat memalukan, tepat jam 6:30petang td ok!!
Cerita dia macam  ni, anak  lelaki jiran saya ni tak rapat dengan saya, tapi tiba-tiba tadi dia datang hampir dengan rumah saya sambil pandang-pandang arah saya dan tunjuk-tunjuk kearah rumah satu lagi. Nak dijadikan cerita saya ni, dengan penuh prihatin, tutup enjin motor terus pandang muka dia dan angkat-angkat mata sikit..

Tapi saya pelik, kenapa dia macam tak ada respon dan dia ada ala-ala nak gelak ataupun senyum sinis kat saya. Saya pun pandang lah belakang saya, dan saya tengok belakang saya ada orang dan orang tu tengah berkomunikasi dengan that guy!!

OMK ( Oh Mak KAU) malu sangat dan yang teramat sangat. Rasa macam nak letak muka ni dekat tayar motor dan rasa macam nak putarkan detik yang sangat memalukan tadi. Eiii SUMPAH saya malu dan rasa tak mahu lalu depan rumah dia lagi. Saya rasa saya sanggup pusing jauh pun. Asalkan tak perlu tengok muka dia dan keluarga dia!! Saya dapat rasakan dia mesti cerita benda ni dekat family dia. Mak ayah dia kenal juga dengan saya.

NOTA comel :

Kesimpulannya, tolong tengok kiri kanan depan belakang
bila seseorang tu berbual dengan kita dan make sure dia
memang cakap dengan kita supaya kita tak jadi malu macam saya lalui ni!!!!



Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Saturday, 31 August 2013

Admire 3

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum


TANGGAL 31 BULAN LAPAN 57 merdeka merdeka tetaplah merdeka ia pasti menjadi sejarah
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN semua.

Jasad sudah bebas dan pastikan akal fikiran juga sudah bebas dan tidak dijajah oleh Negara barat!!
After 1month, saya masih admire dia!!! Apakah ini??? Pening sudehhhhhh… Masih meminati dia secara diam!! Saya jumpa admire saya. Saya ternampak dia. He has a sweet smile!! Bila dia tersenyum saya jadi terkaku seketika. Sayang nya senyuman itu telah diberikan pada kawannya… hahahaha… :p


NOTA comel :
Bila jumpa yang handsome tak solat pulak.
Bila jumpa yang tinggi tak solat pulak.
Bila jumpa yang bermisai dan berjanggut tak solat dan tak bekerja tetap pulak.
Bila jumpa yang bekerja tetap tak bersolat pulak.
Bila jumpa yang bersolat tak bekerja tetap pulak.
*Sesungguhnya untuk mendapat yang terbaik itu perlu lah kita berusaha,
berdoa kepada ALLAH dan bertawakal lah kepada NYA.

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday, 30 July 2013

Admire 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

HE KEEP SMILE + MAIN2 MATA DENGAN SAYA.
THANKS MY ADMIRE TO MAKE ME FEEL HAPPY WHEN I’M SEEING U!!
Perasaan RINDU dan RASA NAK JUMPA AWAK HARI-HARI makin menggebu dihati..

NOTA comel :
Tingginya,
Manisnya,
Misainya,
Janggutnya,
Semua ciri-ciri berikut adalah list dalam lelaki idaman saya,
macam mana lah saya tak teradmire awak..
awak , saya mcam dah jatuh cinta dengan awak la!!!


Sincerely,
ADEQTOINKTOINK



Thursday, 25 July 2013

Admire 1


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Kalau kita admire kat seseorang, kita tak perlu ada rasa kasih pada dirinya, cukup lah cuma perasaan suka padanya. SUKA dan CINTA adalah satu perasaan yang sangat berbeza. Kadang-kadang kita manusia biasa ni memang susah nak bezakan makna  antara SUKA dan CINTA.
Cakap pasal admire ni mengingatkan saya pada seseorang yang saya admire, dia tak tahu dan tak akan tahu serta tak perlu tahu. Lagipun dia dh ada pilihan hatinya sendiri. *Mungkin la kot*.
Lagipun saya ni tak pernah tegur dia, Cuma pernah bertukar senyuman je. Tak mungkin dengan bertukar senyuman dia boleh suka saya kan.
Tapi, saya rasa happy walaupun sekadar jadi admire dia sahaja.

NOTA comel :
Sungguh dunia ni pelik dan bertambah pelik bila kita
ada perasaan pada seseorang yang tak suka dekat kita dan yang tak kenal kita!!


Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Wednesday, 24 July 2013

Saya Tunggu Dia :')

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Aku masih menunggu panggilan atau sms dari Dia. Mak kata berhenti lah dari mengharapkan kehadirannya, Jangan ditunggu pada yang tak sudi. Tapi aku tetap rasa nak tunggu. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. itulah situasi yang sedang aku lalui sekarang. I just want him to know that i miss him and still waiting for him.

Mak kata kalau Dia masih diam dan tak hubungi aku langsung, aku kena tinggalkan Dia dan lupakan Dia. Masalahnya sanggup ke aku?? Bayangkan segala sms dan wechat Dia aku tak pernah buang. 
*GILA!!! aku tak pernah jadi seGILA ni. seriously!!

OK stop sampai sni.. DAAAAAAAAA... 

NOTA comel :
aku akan tunggu Dia!! 
aku harap penantian ini memberikan 
hasil yang membahagiakan aku.. :')

sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Dia... :')

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Dia :')
Kenapa dengan Dia? Dia tu misteri orangnya. Seorang doktor, datang dalam hidup aku tanpa diundang, dan kadang-kadang pergi menyepi tanpa aku mahu.
Aku suka Dia sebab Dia kelakar, even Dia panggil aku budak gemuk pun, aku still gembira. Perkenalan yang singkat membuatkan aku tak pernah terfikir akan mengenali Dia sebagai seorang doktor dan seorang pengamal perubatan islam. Doktor Kasyah.....

Dari nama pun dah nampak keunikkan Dia, Kadang-kadang rasa diri ini tak layak mendampingi diri, tingginya jawatan Dia membuatkan aku merasakan diri ini sangat kerdil disisi nya. Kadang-kadang rasa Dia macam tak jujur dengan aku, susah aku nak percaya kan Dia. tapi aku masih mahu bersama dengan Dia. Jujurnya Dia manusia yang cakap lepas dan aku senang dengan Dia. Perawatakannya tak macam doktor, bila ditegur kata nya "Tak akan la doktor ni hidupnya stress 24jam, dengan pesakit pun stress tak kan dengan orang lain pun nak stress".

Kehadirannya dalam hidup aku, mengajar aku erti rindu pada seseorang yang belum halal buat diri aku. Dia membuatkan aku tertunggu-tunggu kehadirannya. Dia membuatkan aku takut berjauhan dengan telefon bimbit. Dia buatkan aku seperti berjalan di atas angin.. Kelakar rasanya hidup ini sejak mengenali dirinya. Namun disaat ini aku takut jika aku mencintai dirinya dan cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Kenal tak sampai sebulan aku sudah mula menyukainya dan aku mula senang dengan kehadirannya.

Sayangnya Dia tidak merasai apa yang aku rasai, Dia selalu muncul tanpa aku duga dan selalu hilang disaat aku merinduinya. 7 Tahun di perantauan bohong kot kalau dihati masih belum berpunya. Bekerja juga bukan di Malaysia dan cuma balik cuti sahaja. Seandainya Dia pulang ke sana masih adakah ruang buat aku dihatinya?? Masih ingatkah Dia tentang aku?? Tak perlu bertanya pun sudah tahu jawapannya. Andai saja masa boleh diputar, tak mahu rasanya menerima salam persahabatan darinya. Dia bahagia sedang aku disini menderita.

Cukuplah rasanya aku bercerita tentang dirinya, sampai satu saat nanti aku akan cerita lagi tentang dia..

For Him :')
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
tanpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku mencintai mu,
walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu,
tanpa lelah ataupun jemu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

Mungkin kita tak bersama baginya
tak mengapa asalkan kau bahagia,
Biar aku mencintaimu,
biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu,
dalam diam ataupun bisu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

NOTA comel:
Thank you sebab pernah buat ila bahagia,
ila tau susah ila nk dapatkan abang,
susah ila nak buatkan abg sayang dan suka ila,
jauhnya kita bagai langit dan bumi,

Ya ALLAH andai Dia bukan Jodohku
Jauhkan Dia dari aku,
Seandainya Dia jodohku,
Pertemukan kami dalam satu ikatan
Yang Sah dan ikatan yang KAU Redhai..
Amiin... :')


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Sunday, 21 July 2013

Hati Manusia beb

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Rasanya lama sangat ni dah tak menulis sebab ceq ni dihantui kesibukkan. Alhamdulillah ALLAH masih memberikan ceq peluang untuk hidup. Alhamdullillah ALLAH juga bagi aku rezeki baru, sementara nak sambung degree ni. ALLAH duk bagi ceq rezeki jadi cikgu ganti... 
*Alhamdulillah rezeki jangan tolak*

Hampir 3 Bulan dah tinggalkan tempat praktikal tu, dan Alhamdulillah berjaya dah praktikalnya dengan ini bermakna ceq berjaya lah dalam diploma. 
 *Alhamdulillah dapat puaskan hati sendri dan bangga kan parents ceq*
Awat tajuk entry ceq macam marah ja, bukan marah tapi benci dan sedih, hati manusia ni susah kita nak jangka kan. ok lah straight to the point, bukan nak mengata cuma meluahkan rasa terkilan about someone. Mak ceq ajar, kalau orang cuba gu-gu kan kita dengan somenone, dan kalau kita tak suka senyum je tak payah nak cakap tak suka tak suka, nanti kalau kita dah suka kan dia macam mana, kan malu nanti!!
*gu-gu maksudnya nak jodohkan atau nak kenal-kenalkan kita dengan seseorang*

ceq terkilan sebab waktu ceq duk nak gu-gu kan dia dengan somenone, dia duk ngaku dia dah ada bf dan kononnya tak suka lelaki tu sebab bukan taste dia. tapi nak dijadikan cerita, ceq pun habis praktikal blah ar dari tempat tu, tiba-tiba orang duk lapor kat ceq kata dia duk rapat lelaki tu. ok mula-mula tak percaya lah tak kan kawan baik kita nak tipu kita nak sorak-sorak cerita ni dari kita kan.

lepas tu makin lama, dia makin jauh dari ceq, ceq pun lurus bendul la duk pikiaq dia busy sangat, tapi ada orang cakap ngan ceq, depa duk tukaq- tukaq nombor phone, pastu bila lelaki tu sms dia, dia balas tapi atas dasar kesian je la. ceq memang lurus bendul kan, ceq duk percaya kat dia, dalam hati ceq kata memang la dia balas sms tu sebab dia kesian yela dia kan tak suka lelaki tu.

Tapi mungkin ALLAH nak tunjuk kot, satu hari tu ceq ni rasa nak tanya pasal someone tu kat lelaki tu la, dia pun buka cerita sungguh, katanya someone tu selalu contact dia.. hampir tiap-tiap hari, kadang- kadang merajuk pulak dengan dia, macam ada feeling-feeling gitu la!!

Seriously ceq tak cemburu, tapi ceq terkilan, ceq nak dengaq ni semua dari mulut dia, waktu ceq praktikal dia duk cakap ceq kawan baik dia, la ni ceq tak ada kat situ dia duk jadi lain plak. sumpah ceq kecik hati dengan dia. tetiba aku rasa dia bukan kawan baik aku. kalau nama nya kawan baik dia akan cerita semua pada kawan dia. bukan nya bila nak tau cerita atau nk korek rahsia baru kita contact kawan kita. tapi takpe lah kalau dah jodoh dia dengan lelaki tu. cuma aku harap lepas ni dia jangan buat macam tu pada orang lain. 

NOTA comel :
Dalam dunia ni, susah kita nak percaya kan orang lain, sebab kalau terlalu percaya kita akan diperdaya oleh orang lain, dan kesimpulannya hanya keluarga kita yang akan buat kita bahagia dan hanya keluarga kita yang boleh dipercayai serta yang tak akan tinggalkan kita walau susah mahupun senang..

sincerely,
ADEQTOINKTOINK

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA