Thursday, 12 September 2013

Admire 5


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Ok yek semua, sejak jadi cikgu tadika ni rasa macam taka da life la bila malam sebabnya bila jam tunjuk pukul 9:00 malam je, mata mesti minta tutup. Minggu ni masuk kul 7:30 pagi dan balik 5:30 petang. Rasanya kalau masuk macam ni lagi elok kot.. Boleh balik awal..
*Hehe.. Aku memang tak mahu balik lambat.. Penat + Mengantuk*

Lagipun suka masuk cepat ni sebab dapat tengok mr.admire a.k.a mr. manis pergi kerja. Dia selalu pergi kerja tepat jam 7:40 atau 7:50 pagi..  Tapi nak kata nampak dia hari-hari tu tak juga lah. Buat masa ni cerita paling HOT adalah pada hari ni. Dia pergi kerja saya jumpa, dia balik kerja pun saya jumpa dia..

ALAHAIIIIIIIIIIII, 
Aku sudah jatuh cinta padanya, disebalik helmet pun nampak kemanisan wajahnya. Dia senyum saya balas, dia angkat tangan saya tak angkat tapi saya angkat-angkat mata dengan dia dan saya rasa saya bagi dia satu senyuman yang cukup manissssssssssss…

Tiap hari makin bertambah rasa suka pada dirinya… Aduhaii bagaimana ni???
Tapi tadi waktu dia angkat tangan ternampak dia pegang PHONE!!
Mungkin dia dah ada yang punya..
Seriously hati rasa terkilan dan terkecewa sedikit la.. *
Sikit je tau*
*Come on lah, kamu cuma admire dia je, please jangan lebih-lebih*

Pada saya tu hak peribadi dia kan, so terpulang lah kalau dia memang sudah ada yang punya. Saya diberi kesempatan untuk kenal dia dan diberi peluang untuk suka + admire dia pun dah cukup buat saya. Saya tekad dalam hati, saya akan lupakan dia atau buang dia dari jadi admire saya, bila dia dah kahwin atau saya yang dah kahwin. Tapi sejujurnya buat masa ni saya dah RESERVED kan HATI saya untuk dia walaupun dia tak tahu. Cerita pasal dia tak akan berakhir selagi dia tak kahwin dan saya pun tak kahwin lagi, So i akan buat u allss muntah baca pasal dia… hehehe… :P

NOTA comel :
This song just for him.. J

Ku Mencintaimu Lebih Dari Apa Pun,
Meskipun Tiada Satu Orang Pun Tahu,
Ku Mencintaimu Sedalam-Dalam Hatiku,
MEskipun ENGKAU Hanya Kekasih GElapku….
Ungu – Kekasih Gelapku

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Monday, 9 September 2013

Birthday ayah


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

9/9/2013  Genap 57 tahun usia HERO HATI saya... :)
SELAMAT HARI LAHIR BUAT HERO HATI SAYA  Hj Mohd Arshad Bin Hj Sulong. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Tak akan ada HERO lain yang boleh gantikan tempat ayah dihati adik. Ayah lah WIRA untuk kami, HERO hati kami dan pastinya WALI untuk adik dan angah.. :') Kami Sayang Ayah Sangat2..
Rasanya hampir 3 tahun tak dapat sambut birthday dengan ayah sebab tercampak kat perlis menghabiskan diploma saya… Sambutan yang agak simple sebab tak ramai yang ada kat rumah. Isi rumah cuma saya, ayah dan emak. Jadinya cuma makan KFC + Secret Recipe je… Kek secret tu pun beli 3 slice je.. malas nak beli yang besar2 sebab sapa yang nak makan. Kalau slice ni boleh beli satu2 dan mcam2 perasa..

NOTA comel :
Hari ini kan, saya kan ternampak kan..
admire saya tu kan, dia kan curi-curi cari saya tau,
dia ternampak kereta saya di tadika
lepas tu kan saya Nampak dia cari saya
dalam tadika..
* Comel la awak ni admire.. Malu Tapi Mahu eh… hehe.. :P *

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Saturday, 7 September 2013

Shooping Kain!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Hari ni tak keje, bahagia rasanya dihati ku ini. Yang paling bahagia hari ni spend time dengan mak. Kami g Shooping. Cari kain buat jubah.. :)

Walaupun sekadar jalan2 cari kain, tapi kami tetap rasa seronok. Parking kereta jauh sikit, then kitorang jalan2 sambil berpegangan tangan dan berborak. Rasa macam kami ni sepasang kekasih dan kawan baik yang berkongsi apa sahaja cerita.. :)

I LOVE YOU MOM!!
Tak ada mana2 manusia di dunia ni yang boleh gantikan tempat mak dalam hati adik. Meskipun adik dah kahwin nanti adik akan tetap sayang mak dan hanya mak yang pertama dihati adik... :)

Dah 4 hari tak jumpa admire... hehe...
*Sempat juga menyelitkan cerita dia*
Tak nampak dia langsung tau.. Rasa macam makin jauh plak... 
Susah kan kalau kita admire orang ni, kita puas tercari2 dia.. Dia cam tak ada perasaan je.. huhu... T..T

NOTA comel :
Seandainya Cinta Ini Bisa Membahagiakan,
Pastinya Dunia Ini Akan Ku Miliki,
Walau Ku Tidak Mampu Untuk Meluahkan,
Harapan CINTA Ku Ada Dihatimu,
Seharusnya Aku Dapat DIberi Peluang,
Untuk Menyayangimu Sepenuh Hati,
Mungkinkah Kau Kan Teimaku Seadanya,
Kerna Ku Belum Tahu Kau MEncintaiku.


Sayang Kini Perlu Tahu Ku,
 Tak Ingin Menjadi Pemuja Rahsia,
Mencintaimu Satu Saat Yang Bermakna,
Ku Menanti Lafaz CINTA Tiga Kata,
Andai Kau Sang Pencinta Wanita,
Kau Pasti Dapat Melihat Aku Dimata Mu,
Jujurnya Adakah Kau Sudah Berpunya,
Membiarkan Hatiku Dalam Dilema..
-Ramlah Ram Feat Caprice (5Minit)-

Sincerely,

ADEQTOINKTOINK

Thursday, 5 September 2013

Demam 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum



SABAR!! Ayat yang paling sesuai untuk situasi hari ni. Begitulah susahnya bila kita bekerja dengan orang.
Sadis.. Sedih… Susah rasanya berhadapan dengan manusia yang penting kan diri sendiri. Dah la orang demam dia tak bagi cuti, lepas tu suruh orang datang keja petang. Ok yang tu boleh terima lagi lah.. Tapi bila orang datang dia tak percaya plak kita demam. Kau ingat aku main2 ke makcik!!!  Takpelah ALLAH belum nak bagi korang dua ni demam sampai berguling-guling.
Kalau tak sebab aku ni bosan duk umah tak adanya aku ni nak bekerja. Mak Bapak Aku pun tak bagi aku kerja sebab diorang kata diorang mampu nak sara hidup aku lah.. Setakat tempat kecik macam tu pun nak “act” sangat!!
Dah la arini  tak jumpa admire. Lagi lah tak de mood nak kerja dan lagi bertambah demam la jadinya!!!


NOTA comel :
Wujud lagi yek manusia yang tak berperasaan macam ni
kat dunia ni!!
Dunia sekarang makin kejam..
HATE THIS FEELING!!
Sincerely,
ADEQTOINKTOINK


Wednesday, 4 September 2013

Demam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Balik Kerja.. Mandi.. Tetiba badan rasa seram sejuk.. Rasa macam nak demam je lah..
Tengok2 betul. Lepas maghrib terus kepala berpusing-pusing. Rasanya sebab 3 4 hari ni asyik kena hujan je. Betul ke demam kena hujan atau demam sebab hari ni seharian tak jumpa admire.. OPPPPSSSSS… :P

NOTA comel :
Walaupun tak jumpa harini,
Tapi Saya tetap ingat kat  senyuman awak
yang lagi manis dari gula tu… :P

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday, 3 September 2013

Admire 4

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Saya JUMPA DIA harini!!!!!!! Subhanallah indahnya ciptaan ALLAH.. Manis nya tengok dia senyum dan kali ni dia betul-betul senyum dengan saya.. Siap angkat tangan lagi.. Hebatnya senyuman dia sehingga kan bila dia tersenyum saya jadi tak mampu berkata-kata… Terbaikkkkkkk…
Aduhaii rasa macam bukan admire je ni.. macam dah JATUH CINTA je rasanya… huhuhu… :P

NOTA comel :
Merah Pipi Ini, Saat Ku Lihat Dirinya,
Mungkinkah Ini Yang Dinamakan CINTA.
Malu Hati Ini, Saat Ku Tatap Wajahmu,
Mungkinkah Ini Yang Dinamakan CINTA.
Tapi Ku Malu Tuk Mengatakan Pada Dirinya,
Oh Tuhan Tolong Aku Sampaikan Pesan Ini Padanya,
Agar Dia Tahu Bahawa Kini AKU JATUH CINTA.
Oh Tuhan Bantu Aku Temukanm Cara Tuk Mendapatkan Dia,
Kerna KINI KU TELAH JATUH CINTA.
-Afgan (Pesan CINTA)-

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Monday, 2 September 2013

Saya tukar keje la… :P

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Thanks sebab baca blog ni. Kalau tak ada yang baca pun tak apa
Keletihan yang amat, jadi saya Cuma nak bagi tahu yang saya
dah pun bertukar kerjaya daripada seorang GURU TUISYEN kepada GURU TADIKA.
Jenuh weh melayan kerenah budak-budak ni. Yang kuat Melalak Lain, Yang menangis tak berhenti-henti lain, Yang ajak main lain… Arghhhhhhhh pening kepala.. Ini ler rupanya orang tak ada adik.. Menggelabah layan budak-budak!!!
So, doakan saya terus Berjaya dalam kerjaya saya dan mampu memberi mak ayah rasa duit saya… hehehehe… J


NOTA comel :
apa pun yang kita nak lakukan tolonglah dapatkan
restu daripada MAK dan AYAH kita.
dan kalau dah dapat rezeki lebih tu kita kongsikan
sama-sama dengan Mak AYAH kita serta
kongsikan dengan orang-orang yang memerlukannya…

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK



Sunday, 1 September 2013

MALU!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum


Ok nak dijadikan cerita saya baru sahaja alami detik yang sangat memalukan, tepat jam 6:30petang td ok!!
Cerita dia macam  ni, anak  lelaki jiran saya ni tak rapat dengan saya, tapi tiba-tiba tadi dia datang hampir dengan rumah saya sambil pandang-pandang arah saya dan tunjuk-tunjuk kearah rumah satu lagi. Nak dijadikan cerita saya ni, dengan penuh prihatin, tutup enjin motor terus pandang muka dia dan angkat-angkat mata sikit..

Tapi saya pelik, kenapa dia macam tak ada respon dan dia ada ala-ala nak gelak ataupun senyum sinis kat saya. Saya pun pandang lah belakang saya, dan saya tengok belakang saya ada orang dan orang tu tengah berkomunikasi dengan that guy!!

OMK ( Oh Mak KAU) malu sangat dan yang teramat sangat. Rasa macam nak letak muka ni dekat tayar motor dan rasa macam nak putarkan detik yang sangat memalukan tadi. Eiii SUMPAH saya malu dan rasa tak mahu lalu depan rumah dia lagi. Saya rasa saya sanggup pusing jauh pun. Asalkan tak perlu tengok muka dia dan keluarga dia!! Saya dapat rasakan dia mesti cerita benda ni dekat family dia. Mak ayah dia kenal juga dengan saya.

NOTA comel :

Kesimpulannya, tolong tengok kiri kanan depan belakang
bila seseorang tu berbual dengan kita dan make sure dia
memang cakap dengan kita supaya kita tak jadi malu macam saya lalui ni!!!!



Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Saturday, 31 August 2013

Admire 3

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum


TANGGAL 31 BULAN LAPAN 57 merdeka merdeka tetaplah merdeka ia pasti menjadi sejarah
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN semua.

Jasad sudah bebas dan pastikan akal fikiran juga sudah bebas dan tidak dijajah oleh Negara barat!!
After 1month, saya masih admire dia!!! Apakah ini??? Pening sudehhhhhh… Masih meminati dia secara diam!! Saya jumpa admire saya. Saya ternampak dia. He has a sweet smile!! Bila dia tersenyum saya jadi terkaku seketika. Sayang nya senyuman itu telah diberikan pada kawannya… hahahaha… :p


NOTA comel :
Bila jumpa yang handsome tak solat pulak.
Bila jumpa yang tinggi tak solat pulak.
Bila jumpa yang bermisai dan berjanggut tak solat dan tak bekerja tetap pulak.
Bila jumpa yang bekerja tetap tak bersolat pulak.
Bila jumpa yang bersolat tak bekerja tetap pulak.
*Sesungguhnya untuk mendapat yang terbaik itu perlu lah kita berusaha,
berdoa kepada ALLAH dan bertawakal lah kepada NYA.

Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday, 30 July 2013

Admire 2

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

HE KEEP SMILE + MAIN2 MATA DENGAN SAYA.
THANKS MY ADMIRE TO MAKE ME FEEL HAPPY WHEN I’M SEEING U!!
Perasaan RINDU dan RASA NAK JUMPA AWAK HARI-HARI makin menggebu dihati..

NOTA comel :
Tingginya,
Manisnya,
Misainya,
Janggutnya,
Semua ciri-ciri berikut adalah list dalam lelaki idaman saya,
macam mana lah saya tak teradmire awak..
awak , saya mcam dah jatuh cinta dengan awak la!!!


Sincerely,
ADEQTOINKTOINK



Thursday, 25 July 2013

Admire 1


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Kalau kita admire kat seseorang, kita tak perlu ada rasa kasih pada dirinya, cukup lah cuma perasaan suka padanya. SUKA dan CINTA adalah satu perasaan yang sangat berbeza. Kadang-kadang kita manusia biasa ni memang susah nak bezakan makna  antara SUKA dan CINTA.
Cakap pasal admire ni mengingatkan saya pada seseorang yang saya admire, dia tak tahu dan tak akan tahu serta tak perlu tahu. Lagipun dia dh ada pilihan hatinya sendiri. *Mungkin la kot*.
Lagipun saya ni tak pernah tegur dia, Cuma pernah bertukar senyuman je. Tak mungkin dengan bertukar senyuman dia boleh suka saya kan.
Tapi, saya rasa happy walaupun sekadar jadi admire dia sahaja.

NOTA comel :
Sungguh dunia ni pelik dan bertambah pelik bila kita
ada perasaan pada seseorang yang tak suka dekat kita dan yang tak kenal kita!!


Sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Wednesday, 24 July 2013

Saya Tunggu Dia :')

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Aku masih menunggu panggilan atau sms dari Dia. Mak kata berhenti lah dari mengharapkan kehadirannya, Jangan ditunggu pada yang tak sudi. Tapi aku tetap rasa nak tunggu. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. itulah situasi yang sedang aku lalui sekarang. I just want him to know that i miss him and still waiting for him.

Mak kata kalau Dia masih diam dan tak hubungi aku langsung, aku kena tinggalkan Dia dan lupakan Dia. Masalahnya sanggup ke aku?? Bayangkan segala sms dan wechat Dia aku tak pernah buang. 
*GILA!!! aku tak pernah jadi seGILA ni. seriously!!

OK stop sampai sni.. DAAAAAAAAA... 

NOTA comel :
aku akan tunggu Dia!! 
aku harap penantian ini memberikan 
hasil yang membahagiakan aku.. :')

sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Dia... :')

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Dia :')
Kenapa dengan Dia? Dia tu misteri orangnya. Seorang doktor, datang dalam hidup aku tanpa diundang, dan kadang-kadang pergi menyepi tanpa aku mahu.
Aku suka Dia sebab Dia kelakar, even Dia panggil aku budak gemuk pun, aku still gembira. Perkenalan yang singkat membuatkan aku tak pernah terfikir akan mengenali Dia sebagai seorang doktor dan seorang pengamal perubatan islam. Doktor Kasyah.....

Dari nama pun dah nampak keunikkan Dia, Kadang-kadang rasa diri ini tak layak mendampingi diri, tingginya jawatan Dia membuatkan aku merasakan diri ini sangat kerdil disisi nya. Kadang-kadang rasa Dia macam tak jujur dengan aku, susah aku nak percaya kan Dia. tapi aku masih mahu bersama dengan Dia. Jujurnya Dia manusia yang cakap lepas dan aku senang dengan Dia. Perawatakannya tak macam doktor, bila ditegur kata nya "Tak akan la doktor ni hidupnya stress 24jam, dengan pesakit pun stress tak kan dengan orang lain pun nak stress".

Kehadirannya dalam hidup aku, mengajar aku erti rindu pada seseorang yang belum halal buat diri aku. Dia membuatkan aku tertunggu-tunggu kehadirannya. Dia membuatkan aku takut berjauhan dengan telefon bimbit. Dia buatkan aku seperti berjalan di atas angin.. Kelakar rasanya hidup ini sejak mengenali dirinya. Namun disaat ini aku takut jika aku mencintai dirinya dan cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Kenal tak sampai sebulan aku sudah mula menyukainya dan aku mula senang dengan kehadirannya.

Sayangnya Dia tidak merasai apa yang aku rasai, Dia selalu muncul tanpa aku duga dan selalu hilang disaat aku merinduinya. 7 Tahun di perantauan bohong kot kalau dihati masih belum berpunya. Bekerja juga bukan di Malaysia dan cuma balik cuti sahaja. Seandainya Dia pulang ke sana masih adakah ruang buat aku dihatinya?? Masih ingatkah Dia tentang aku?? Tak perlu bertanya pun sudah tahu jawapannya. Andai saja masa boleh diputar, tak mahu rasanya menerima salam persahabatan darinya. Dia bahagia sedang aku disini menderita.

Cukuplah rasanya aku bercerita tentang dirinya, sampai satu saat nanti aku akan cerita lagi tentang dia..

For Him :')
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
tanpa berkata atau berpandang mata.

Mungkin aku mencintai mu,
walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu,
tanpa lelah ataupun jemu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

Mungkin kita tak bersama baginya
tak mengapa asalkan kau bahagia,
Biar aku mencintaimu,
biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu,
dalam diam ataupun bisu.

I'm sorry but I LOVE YOU,
I'm sorry if I MISS YOU,
Even I CAN'T HAVE YOU,
YOU know I'll PROMISE BE THERE FOR YOU.

NOTA comel:
Thank you sebab pernah buat ila bahagia,
ila tau susah ila nk dapatkan abang,
susah ila nak buatkan abg sayang dan suka ila,
jauhnya kita bagai langit dan bumi,

Ya ALLAH andai Dia bukan Jodohku
Jauhkan Dia dari aku,
Seandainya Dia jodohku,
Pertemukan kami dalam satu ikatan
Yang Sah dan ikatan yang KAU Redhai..
Amiin... :')


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Sunday, 21 July 2013

Hati Manusia beb

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Rasanya lama sangat ni dah tak menulis sebab ceq ni dihantui kesibukkan. Alhamdulillah ALLAH masih memberikan ceq peluang untuk hidup. Alhamdullillah ALLAH juga bagi aku rezeki baru, sementara nak sambung degree ni. ALLAH duk bagi ceq rezeki jadi cikgu ganti... 
*Alhamdulillah rezeki jangan tolak*

Hampir 3 Bulan dah tinggalkan tempat praktikal tu, dan Alhamdulillah berjaya dah praktikalnya dengan ini bermakna ceq berjaya lah dalam diploma. 
 *Alhamdulillah dapat puaskan hati sendri dan bangga kan parents ceq*
Awat tajuk entry ceq macam marah ja, bukan marah tapi benci dan sedih, hati manusia ni susah kita nak jangka kan. ok lah straight to the point, bukan nak mengata cuma meluahkan rasa terkilan about someone. Mak ceq ajar, kalau orang cuba gu-gu kan kita dengan somenone, dan kalau kita tak suka senyum je tak payah nak cakap tak suka tak suka, nanti kalau kita dah suka kan dia macam mana, kan malu nanti!!
*gu-gu maksudnya nak jodohkan atau nak kenal-kenalkan kita dengan seseorang*

ceq terkilan sebab waktu ceq duk nak gu-gu kan dia dengan somenone, dia duk ngaku dia dah ada bf dan kononnya tak suka lelaki tu sebab bukan taste dia. tapi nak dijadikan cerita, ceq pun habis praktikal blah ar dari tempat tu, tiba-tiba orang duk lapor kat ceq kata dia duk rapat lelaki tu. ok mula-mula tak percaya lah tak kan kawan baik kita nak tipu kita nak sorak-sorak cerita ni dari kita kan.

lepas tu makin lama, dia makin jauh dari ceq, ceq pun lurus bendul la duk pikiaq dia busy sangat, tapi ada orang cakap ngan ceq, depa duk tukaq- tukaq nombor phone, pastu bila lelaki tu sms dia, dia balas tapi atas dasar kesian je la. ceq memang lurus bendul kan, ceq duk percaya kat dia, dalam hati ceq kata memang la dia balas sms tu sebab dia kesian yela dia kan tak suka lelaki tu.

Tapi mungkin ALLAH nak tunjuk kot, satu hari tu ceq ni rasa nak tanya pasal someone tu kat lelaki tu la, dia pun buka cerita sungguh, katanya someone tu selalu contact dia.. hampir tiap-tiap hari, kadang- kadang merajuk pulak dengan dia, macam ada feeling-feeling gitu la!!

Seriously ceq tak cemburu, tapi ceq terkilan, ceq nak dengaq ni semua dari mulut dia, waktu ceq praktikal dia duk cakap ceq kawan baik dia, la ni ceq tak ada kat situ dia duk jadi lain plak. sumpah ceq kecik hati dengan dia. tetiba aku rasa dia bukan kawan baik aku. kalau nama nya kawan baik dia akan cerita semua pada kawan dia. bukan nya bila nak tau cerita atau nk korek rahsia baru kita contact kawan kita. tapi takpe lah kalau dah jodoh dia dengan lelaki tu. cuma aku harap lepas ni dia jangan buat macam tu pada orang lain. 

NOTA comel :
Dalam dunia ni, susah kita nak percaya kan orang lain, sebab kalau terlalu percaya kita akan diperdaya oleh orang lain, dan kesimpulannya hanya keluarga kita yang akan buat kita bahagia dan hanya keluarga kita yang boleh dipercayai serta yang tak akan tinggalkan kita walau susah mahupun senang..

sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Wednesday, 27 February 2013

Ku Kau Tinggalkan......................

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Masih bernyawa hingga ke hari ini. Masih mampu tersenyum saat ini. Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan bersama kalian semua. Hari ni saya masuk kerja macam biasa, lepas itu balik tepat pukul 5.10 petang. Hari ni terlalu sibuk sampai kan tak sempat telefon-telefon mak.. Entah kenapa hati ni teringat kat mak, akhirnya keluar je pejabat teruss capai handphone dan tanya khabar mak.

Alhamdulillah mak sihat dan borak-borak la macam biasa dengan mak, tiba-tiba mak cakap adik mak ada benda nak cakap ni, semangat je bunyi kenapa mak?? ding(bukan nama sebenar) nak kahwin tengah bulan ni.. erk.. jantung saya bagaikan terhenti seketika, sungguh saya terperanjat dengan berita itu dan bertanya dalam hati kenapa mesti waktu ni, waktu saya masih belum jumpa pengganti dirinya..

Siapa Ding?? Kenapa jantung saya sampai berhenti saat terdengar berita itu? dia adalah bekas kekasih saya 3 tahun yg lalu, berjanji akan sehidup semati, berjanji akan meminang saya bila saya tamat belajar dan berjanji alan susah senang bersama saya.. tapi..... segalanya berakhir semasa saya berada di semester 1.Hebatnya makhluk ciptaan ALLAH itu kerana berjaya membuatkan saya tidak dapat melupakan dirinya..


3 tahun sudah berlalu, ternyata hati ini masih belum mampu mengusir segala bayangan nya. Setiap kenangan itu datang dan pergi dengan sendiri. Entah kenapa hati ini sangat degil, tak mahu bertukar ganti. 3 tahun yang lalu saya telah mengunci hati ini dan kunci itu telah saya buang jauh ke dasar laut sehingga kan saya sendiri tak mampu mencari dimana kunci itu dan kerana itu hati ini masih tertutup walau sudah 3 tahun perkara ini berlaku. Tiada yang mampu menandingi nya sehingga kini..

Jika dalam tempoh 3tahun ini saya masih mengharap kan dia akan kembali pada saya, tetapi kini saya redha dengan ketentuanNya. Saya dah tak boleh harapkan apa-apa lagi sebab dia bakal menjadi suami orang pada 10 Mac 2013.. Segala harapan telah tertutup dan terkubur. Mak nasihatkan saya untuk redha dengan apa terjadi, dan doakan kebahagian dia bersama pasangannya.



"Awak,
Sungguh saya mendoakan agar awak bahagia bersama insan yang telah awak pilih untuk dijadikan suri dihati awak. Jangan lah awak mempersiakan dia dan berusaha lah untuk membahagiakan dia. Saya yakin dia mampu bahagia kan awak, sebab kalau tak mesti awak tak akan kahwin dengan dia kan.. :)
"

Akhirnya ku kau tinggalkan, terlerai sudah ikatan ini dan kenangan akan menjadi peneman saya

NOTA comel :
Cinta pertama itu  indah untuk dikenang dan sakit untuk melupakannya,
Semoga ALLAH menganugerahkan saya seorang yang lebih baik dari awak
dan saya yakin JODOH saya sedang menunggu saya sebab jodoh seseorang itu ditentukan sejak 4bulan dalam kandungan ibunya... =)



Sincerely,
ADEQTOINKTOINK


Wednesday, 13 February 2013

Bila kita akan jadi seperti mereka!!!


Indian Police Attack Valentine's Day Couples


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum 

Sudahkah anda menonton video diatas? ketika saya menonton video ini terlintas dihati ini kenapa kita tidak menjadi seperti mereka? mereka membantah dan menghukum sesiapa sahaja yang menyambut Valentine's Day (VD).

Kenapa lah tiba-tiba makcik ni sibuk nak cerita pasal Valentine's Day ni yek?? Opkos la.... esok kan 14/2/2013 so bagi pasangan yang sedang hangat bercinta mesti lah akan menyambut hari kekasih yang jatuh pada tarikh tersebut kan!!!
*Tapi tak semua pasangan akan sambut menatang ni kan.. HARAM tau!!!!!*

Sebenarnya tak terfikir dek akal ni nak tulis cerita tentang VD ni tapi entah lah, tetiba saja terDapat idea nak tulis tentang VD setelah tengok video ni.. Rasa macam bangga dengan dengan kesungguhan diorang membantah VD ni dan saya sangat menyokong tindakan mereka.

NOTA comel 
Entry ini cuma pendapat saya yang sokong dengan tindakan mereka, tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang couple mahupun yang telah pergi dari dunia ini.. :)


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday, 12 February 2013

MELBOURNE !!!!


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum 

yeah yeah yeah yeah saya nak ke Melbourne!!! Jom siapa nak ikut saya ke melbourne, saya akan bawa anda terbang kesana dengan kadar yang percuma iaitu di dalam MIMPI saya..
*hahahahahahaha... Kena BOHONG!!! ceq sendiri pun takdak duit, cam mana nak bawa ampa sama*

MELBOURNE itulah impian saya sejak dari kecil, kalau orang sebut MELBOURNE or AUSTRALIA mata saya yang tak berapa nak sepet ini akan jadi luas dan besar!!! aneh dan pelik tetapi benar itu adalah impian yang dari dulu disimpan rapat-rapat. Kalau dan bernikah nak HoneyMoon kesana lah!!!
*Sweet-sweet gitu*

Sebenarnya saya suka sangat dengan Koala Bear dan Kanggaroo.. Itukan binatang yang ada di melbourne saja. Malaysia ada ke?? erk?? *krik krik krik*

oleh kerana tak pernah jejak kaki mahupun tangan di MELBOURNE maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa gambar- gambar yang bakal ditayangkan adalah sumber dari Encik GOOGLE.

Baiklah, cukup-cukup sudah, cukup sampai disini saja, biar lah gambar yang menceritakan segalanya.. :)

MELBOURNE city

KOALA tomey

ALOLOLOLO.. Nak PELUK MEREKA

MUMMY OR DADDY kanggaroo??

give me ONE!!!!

NOTA comel :
Saya akan pastikan suatu hari nanti saya tetap akan jejak kan kaki ke MELBOURNE!!!
walau bukan hadir ketika honeymoon mungkin saya ketika itu adalah wakil pelajar dari Malaysia yang belajar dan menetap di melbourne!!!
*Chaiyok-Chaiyok, Fighting*



sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Tuesday, 5 February 2013

05/12/2012 = Muhammad Aqil Harith = Ahli Baru

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum 

Pada 05/12/2012 lahirnya seorang bayi lelaki yang sangat comel bernama Muhammad Aqil Harith. My 1st nephew and 1st grandson in our family... Tahniah kepad Papa dia Mohd Asyraf dan Mummy dia Anis Izzati

Semua seisi keluarga aku memang happy tahap gaban sangat-sangat dengan kehadiran ahli baru kami.
Hari ini 05/02/2013 genap sudah 2bulan usia Muhammad Aqil Harith, sesungguhnya kehadiran dia di sisi kami sekeluarga sangat lah menggembirakan.Kehadiran dia juga banyak mengubah keadaan sekeliling..
*betul ke ayat ni.. erm.. biaq p la.. hahahahahahaha*

Ayah yang garang jadi caring selepas ada cucu ni, Mak yang manjakan aku selalu dah mula bahagi kasihnya, Angah yang suka budak-budak bertambah suka dan sayang pada anak buahnya, dan aku.............. yang tak pernah ada adik dan tak pandai pegang budak ni terus jadi pandai...

Dulu nak pegang anak orang punya la berdebar-debar. Sekarang bukan takat dukung saja, peluk, cium, tidurkan dia, dodoikan dia, bagi minum susu, tukar baju, pakai sarung kaki dan tangan semua nya dah berjaya dibuat oleh Makucu dia ni. Satu saja yang masih terkial-kial lagi, iaitu memandikan sikecik itu.. *tunggu ada anak sendiri lah eh*

Dulu Makucu dia ni punyalah kedekut tahap gaban juga. Duit PTPTN tu simpan buat belanja kat politeknik tu saja lah. Belanja keluarga pun selalu juga dan setakat belanja kawan sikit-sikit tu adalah, tapi tiap-tiap akhir semester memang Makucu dia ni pemegang baki duit PTPTN yang banyak tau.  Tapi sejak kehadiran sikecik ni, Makucu dia jadi pemurah tau, nak tau kenapa?? Makucu dia sanggup berhabis duit untuk beli baju dia, sarung kaki dan tangan dia, topi dia, bounching dia pun Makucu dia sanggup beli tau. 
*bila tengok dia guna semua barang yang Makucu dia bagi, terasa sangat teruja dan seronok tau*

Disebabkan dia juga, Makucu dia jadi gatal nak menikah nak ada baby. Selalu tanya mak, bila adik nak bernikah ni, nak ada baby comel macam Aqil..
*nampak tak kegatalan nya disitu.. hahahahahaha*

So, Let me introduce You Muhammad Aqil Harith bin Mohd Asyraf

masa mula-mula Muhammad Aqil Harith Melihat Dunia.. =)

Bersama Makucu dia lah

Bersama nenek dan makucu dia

in tiger's skin.. hahahahahaha

with Makngah

with Nenek

The cutest Picture!!!

NOTA comel :
Kelahiran seorang bayi itu diibaratkan seperti kain yang putih dan suci, kita sebagai ibu ayah yang mencorakkan kain putih tersebut.. :)


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

Sunday, 3 February 2013

Sejak Berumur 20Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Hurmm.... Huuuuuu... Ehem.... Ehem...
*Saja gedik-gedik test suara*

sebenarnya hari ini malas sangat nak menulis, sebab petang tadi pergi kenduri orang kahwin. Ini yang berkaitan dengan tajuk entry kali ini. 

Sejak aku berumur 20tahun ni, (bulan sepuluh genap 21 tahun), aku semakin suka pergi rumah kenduri kahwin orang. Selalu juga ikut mak pergi rumah kawan dia ke, rumah jiran ke, rumah sedara mara ke.. hah macam tu la.. =P
* hish tak tahu la pasai pa ceq duk suka sangat pi sana..*

Bukan apa, ada orang kata kalau kita pergi kenduri orang lain, nanti waktu kita kahwin ramai yang akan datang ke kenduri kita tu... :)

Dijadikan cerita, hari ini 3/2/13 adalah tarikh perkahwinan sahabat aku
*alahai... syahdunya hatiku ini, dikau telah mendahului aku, takut kau dh keluar 2 anak aku baru tergedik- gedik nak habiskan degree... warggghhhhhhhhhh... (T_T) *

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Hana Suriyanie dan suaminya Hafiz.. Sudah JoDOH kau sampai awal dari aku nak buat macam mana la kan.. huhu.. =-P
*sweet-sweet gitu kalian ni, nama sama mula huruf H*

Disini aku sertakan beberapa keping gambar untuk hari ini, ambil tak banyak pun sebab jadi macam tak tahu nak buat apa, yela pertama kali menghadiri majlis kawan sendiri, selalu tengok orang lain, sedara mara ni tiba-tiba tengok orang yang sama umur dengan aku duduk atas pelamin
*hancur hatiku.. hahahahhaa... gedikxxx uolls... =P *

Sebelum Nak Gerak Pergi Rumah Pengantin, Tengok kat tangan ada apa.. :P
Sempat Berposing with my mom

Sebelum pengantin bersanding biar kitaorang rasmikan dulu.,.. haha

ini la dia pengantinnya comel kan.. :)
*Tak sempat bergambar masa dia bersanding sebab nak kejar masa balik putrajaya.. *


NOTA comel :
Alhamdulillah... Selesai juga majlis hana.. :)
semoga perkahwinan ini dirahmati oleh ALLAH.. :)
semoga dia bahagian sehingga ke akhir hayat.. :)
semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah.. :)

sincerely,
ADEQTOINKTOINK


Sunday, 27 January 2013

ketika LI...




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum

Entry kali ini adalah berkisarkan tentang Li. Apa itu Li? Li adalah Latihan Industri. Latihan Industri ini budak-budak politeknik je rasanya yang panggil. Latihan Industri ini lebih kurang macam praktikal lah. Dulu masa baru-baru masuk poli, kitaorang di sogok kan yang kononnya masa kitorang semester 4 akan jalani latihan industri ini... tapi tengok-tengok kitaorang adalah batch pertama yang kena Li semester akhir....
Top tak top la kitaorang ni, masa dengar taklimat kiri kanan kitaorang semua budak junior, kitaorang ni saja budak senior. Yang paling best pensyarah Unit Li siap kenal kan lagi kitaorang dengan adik-adik junior. 
*hahahahahaha... <~~ ketawa EVIL a.k.a Berlagak!! *

Ditakdirkan pada 17 Disember 2012 aku pun tercampak atau lebih tepat mencampak kan diri aku di Putrajaya, bertugas sebagai technician di jabatan ......................
*hehehe... kena rahsia kan, takut nanti korang nak mai culik ceq..*

Malas nak story lebih-lebih.. setibanya di lokasi berkenaan teruih ceq dibagi meja... dan yang paling menyeramkan apabila mereka-mereka bertanya saya boleh buat sistem tak? what a such question? of course i can develop a system because when i was doing my final project, i had develop a system for Gobia Enterprise but i come here to learn about technical, cabling and a little bit network (little only :P) actually i don't like to develop any system because it is too compicated!! 

Ok, Tutup cerita lah. Buat sesi luahan  perasaan la pulak. So jom la skodeng aktiviti saya di pejabat!!
meja yang sangat sibuk. KONONNYA la.. hahaha
sibuk bersama sistem!! dan tepi itu ada buku yang perlu di tulis setiap hari!!


aktiviti rasmi!! hahaha.. ketika mereka tidak nampak!! Makin berisi !!
Meja saya dari sudut hadapan!!


NOTA comel :
walau apa pun terjadi susah ke senang ke sewaktu menjalani Li ini
saya tetap akan tabah hadapi nya, sebab saya yakin tujuan latihan industri ini
disediakan adalah untuk memberi keyakinan kepada pelajar menghadapi
dunia pekerjaan dan ia juga salah satu platform
untuk kita melangkah ke alam pekerjaan.. :)


sincerely,
ADEQTOINKTOINK

what date is today?????? =D

SekadaR UntuK HalwA MatA

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. .....

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.... bila-bila masa ia akan pecah.

SekadaR UntuK HalwA TelingA